Produk Mi Segera VIT’S di pasaran Sah Halal sejak 1980

 

RAWANG, Malaysia – 15 January 2020: VIT MAKANAN KUALA LUMPUR SDN BHD adalah syarikat

pengeluar makanan berasaskan mi segera yang telah ditubuhkan sejak 1975. VIT’S merupakan pemegang

Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sejak 1980-an bernombor 1 001-01/2005.

VIT’S menjelaskan bahawa produk VIT’S yang berada dipasaran adalah daripada pengeluaran dimana sijil

halal masih dalam tempoh yang sah. Oleh itu, kami memberi jaminan bahawa produk yang berada

dipasaran adalah memenuhi piawaian halal dan selamat untuk dimakan. Maka pengguna boleh terus

mengguna produk kami tanpa ragu ragu.

‘Merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini, ingin kami jelaskan statusnya dengan lebih

terperinci agar ianya tidak memberi tanggapan negatif atau menyebabkan pengguna muslim kami salah

faham terhadap situasi sekarang’ , ulas En YT Lai selaku Pengarah Pembangunan VIT’S.

Pada September 2020 lalu, premis VIT’S telah dilawati oleh Inspektor dari Jabatan Halal Jabatan Agama

Islam Selangor (JAIS) untuk pemeriksaan berkala. Mereka telah mengutarakan isu-isu teknikal yang

berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan. VIT’S telah mengambil tindakan yang sewajarnya

untuk penambahbaikkan terhadap isu-isu yang telah diutarakan oleh pihak JAIS dan sedang menunggu

giliran untuk diinspeksi semula oleh JAIS.

“Kami adalah salah satu daripada 300 syarikat yang menunggu giliran untuk diinspeksi. Kami akur dengan

giliran yang ditetapkan memandangkan situasi pandemik yang membataskan jadual pegawai JAIS untuk

membuat pemeriksaan buat masa ini”, kata pegawai Halal VIT’S Puan Chumihati.

Terbaru pihak KPDNHEP telah melawat premis VIT’S pada 6 Januari 2021 dengan melakukan

pemeriksaan dan memberi nasihat kepada VIT’S untuk tidak mengeluarkan produk pengeluaran bertarikh

terkini ke pasaran sehingga mendapat kelulusan daripada JAIS.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih dari 50% jumlah pekerja berbangsa Melayu dan beragama

Islam, VIT’S amat mementingkan piawaian HALAL yang mengutamakan faktor kebersihan. VIT’S juga

telah bekerjasama dengan JAIS dan KPDNHEP untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin.

VIT’S memahami kepentingan keperluan Halal dan memandang serius terhadap perkara ini.

Kami memohon orang ramai untuk berurusan terus kepada VIT’S untuk sebarang pertanyaan dan

menggesa agar menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu yang boleh mengundang kepada

salah faham.Segala status terkini akan kami maklumkan di portal rasmi kami di www.vitsnoodles.com.my.

Segala maklumbalas boleh di usulkan kebahagian komunikasi pemasaran melalui emel syazwany@vit.com.my kepada Puan Nor Syazwany.

#vitsnoodles #vitsinstantnoodles #instantnoodlerawang #vitsitalianmigoreng


Comments

Popular posts from this blog

GUARDIAN MALAYSIA TAWAR SIRI BEG KEMBARA EDISI TERHAD UNIK DAN EKSKLUSIF tokidoki X GUARDIAN

THE OWL CAFE @ ONE CITY, SUBANG JAYA

NUTRAVITA MARINE PLACENTA -MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT!